Thursday, June 5, 2008

http://hangnadim.wordpress.com/

http://www.sapp.org.my/hq/fuel.pdf

5JUNE: TDM and his snippets + Fuel Price Increase

http://www.chedet.com/2008/06/snippets.html

Wednesday, June 4, 2008

Snippets

Tujuan baik tidak halalkan jenayah

YB Dato Zaid Ibrahim, Menteri Undang-Undang kecewa kerana dia akan dihadapkan ke Jawatankuasa Disiplin UMNO sedangkan dia hanya mempertahankan Perdana Menteri.

Peguam ini tidak faham bahawa tujuan baik tidak menghalalkan jenayah.

Takut kerana salah?

Ahli-ahli dan pemimpin cawangan dan bahagian UMNO tidak dibenar mendengar ucapan saya.

Apakah pemimpin tertinggi UMNO takut kerana mereka punyai banyak kesalahan yang mungkin dibongkar oleh saya?

Karpal percaya Pak Lah

Karpal Singh menyatakan ia tidak percaya Dato Seri Anwar Ibrahim akan dapat memujuk Ahli Dewan Rakyat Barisan Nasional lompat masuk Parti Keadilan – {sekutu kepada parti Karpal (DAP)} supaya Anwar dapat jatuhkan Dato Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Kerajaannya.

Karpal betul-betul sayang kepada Dato Seri Abdullah dan hendak dia kekal sebagai Perdana Menteri Malaysia.

Ahli-ahli UMNO boleh berbangga kerana bukan mereka sahaja yang setia kepada Dato Seri Abdullah tetapi Karpal Singh yang dahulu musuh ketat UMNO sekarang setia kepada Dato Seri Abdullah sekaligus setia kepada UMNO.

Kemenangan UMNO dan Barisan Nasional dalam Pilihanraya Umum ke-13 lebih terjamin sekarang.

COMMENT FROM HANGNADIM.


A'kum and Selamat Pagi TUN,
terhibur hati membaca blog tun di pagi ini. saya juga sedar, ramai lagi pembaca yang tak sedar TUN menyindir.. hehehe.
tetapi malangnya terhibur sedikit sahaja,hati tetap kecewa, harga minyak naik, dan yg pastinya harga barang2 lain akan naik juga.

Tun, bule tolong terangkan kepada kami bagaimana mekanisma subsidi di aturkan.. sejelas-jelasnya.
Pendapat saya, harga minyak di Malaysia tidak buleh diliberalkan mengikut harga pasaran. Apa itu harga pasaran? Sila define harga 'pasaran'. Kita juga adalah pengeksport minyak, bila harga minyak naik kita juga akan memperolehi keuntungan. Tidak sesuai jika harga pasaran minyak mengikut harga di Singapura, Thailand kerana mereka pengimport minyak. Malaysian ringgit juga semakin bertambah kekuatannya berbanding US Dollars. Di manakah kerugian yang dihadapi oleh kerajaan. Mintalah diperjelaskan...
Rasanya, pada pendapat saya, Paklah telah terlalu banyak menjajikan 'habuan' kononnya kepada rakyat, untuk popularit beliau, sehingga menyebabkan beliau terpaksa mencari duit dari sumber yang lain. Paklah sungguh lemah untuk pentadbiran Malaysia.

4th June 2008 - UMNO sedarlah…

Mukhriz - i am wondering how many are there in the PEMUDA UMNO exco who is siding with Mukhriz’ in his struggle for changes in leadership. How many hv openly declared their support for Mukhriz?

Jikalau benarlah, Mukhriz akan didisiplinkan oleh UMNO, ini bermakna semakin malaplah sinar2 kebenaran dan semakin kelam dan berserabutlah pemikiran saya…. kerana memikirkan masadepan agama, bangsa dan negara.

Jika demikian lah caranya, ini bermakna pemimpin2 UMNO sekarang lebih mementingkan survival mereka sendiri dari survival agama, bangsa dan negara. Ini juga bermakna, UMNO tidak lagi relevan!!

Selama beratus tahun kita dijajah, selama lebih 100 tahun sahaja, imigrant China dan India menetap di Tanah Melayu, tak sampai 51tahun Malaysia merdeka, pemimpin2 Melayu terus dibuai mimpi2 indah. Sejarah telah membuktikan, tatkala orang2 Melayu lalai, tatkala kepimpinan Melayu dan kesultanan Melayu lalai, kita telah menyerahkan tanah melayu kepada penjajah ’secara aman’. Adakah sejarah ini akan berulang kembali…

wallahulam…

30th May — EZAM’s issues

FACT — Saudara Ezam kembali memasuki UMNO. adakah perkara yg tersirat yg tak diketahui? Apa peranan Dato Norza (ayam-tambatan KJ)? Apa jadi pada GERAK? Adakah GERAK sekarang bergerak dibawah tangah Norza, dan dgn itu secara tidak langsung KJ? Adakah Gerak akan digunakan untuk mencari kesalahan2 musuh2 KJ, for KJ to gain political advantage? wallahualam….

FACT — PakLah and CO endorsed Ezam’s re-registration as UMNO member (lifetime-membership). Has MT UMNO endorsed the application?

Ezam — has already hinted that he might choose to run for Ketua Pemuda UMNO!! Biar benar?

Hishamuddin — tak jadi keluar PEMUDA? akan mempertahankan kerusi Ketua PEMUDA? biar benar??

Mukhriz – tolonglah bertanding sebagai Ketua PEMUDA UMNO. Pemuda semakin hilang arah tuju….

MT UMNO — semasa kecil dahulu, arwah ayah saya pernah mengatakan bahawa MT UMNO adalah penting sebagai THINK TANK UMNO. Kebanyakan masalah/isu politik akan dibincangkan dan diperhalusi oleh ahli2 MT. Tetapi kenapa MT UMNO semakin hilang taring? Tiadakah ahli2 MT yg sedar akan bencana yg sedang menimpa UMNO?

Wallahualam…

30 May — Excerpt from http://drmaza.com/

1. Berhubung Dengan Pengharaman segala aktiviti Islam Hadhari di Selangor:
Dr. Mohd Asri menyebut: “Istilah Islam Hadhari telah mengelirukan banyak pihak, namun isi kandungannya baik. Malangnya, perlaksanaan isi kandungan itu kurang kelihatan, selebihnya hanya jenamanya sahaja yang diwar-warkan. Saya mencadangkan kepada pihak yang menolak secara ‘pakej’ supaya menilai dengan objektif, menerima aktiviti yang baik atau dasar-dasar yang baik yang termuat dalam Islam Hadhari dan boleh menolak jenama yang mengelirukan itu. Buang namanya, makan isinya seperti kueh tahi itik di Kelantan. Tak perlu panggil tahi itek, cuma makan sudahlah”.

2. PAS tidak akan mengharamkan arak dan judi di Selangor, tidak pernah berjanji pun untuk berbuat demikian. Bahkan beliau mencabar sesiapa yang dapat buktikan yang PAS pernah berjanji seperti itu.
Dr. Mohd Asri mengulas: “Inna lillah wa inna ilaihi raji’un. Saya seakan bermimpi. Suara siapakah yang saya dengar sejak dahulu yang begitu garang menghentam dan mengkritik kewujudan arak dan judi dalam negara ini. Bahkan ada yang sampai menghukum akidah pemerintah kerana perkara yang seperti ini. Aduhai politik dan kerusi terlalu cepat mengubah manusia. Tidak hairan jika ada tokoh yang menyebut: “Aku berlindung dengan Allah daripada syaitan dan politik”. Alangkah baik jika disebut; “kita sedang berusaha, atau masih dalam proses, atau mengambil pendekatan yang tersusun, atau sedang meneliti” atau seumpamanya. Bayangkan jika perkara seperti ini disebut oleh orang lain dari parti berkenaan, “apakah agaknya hukuman yang akan mereka jatuhkan?”

30May — HINDRAF ISSUES

Tergerak hati untuk menulis berkenaan dengan issu HNDRAF ini…. apakah yg sebenarnye berlaku? Kenapakah HINDRAF berjaya dlm mengkuburkan MIC dan secara tidak langsung membuatkan pengundi2 berketurunan India di Malaysia berlari arah untuk mengundi pembangkang dlm PRU12?

Saya beranggapan dan terdengar desas-desus mengatakan ‘founder’ sebenar HINDRAF adalah DSAI. Malah ada jugak desas desus mengatakan KJ terlibat sama, wallahualam. Kebenarannya tak dpt hendak disahkan.

FACT – Hindraf (dan juga parti pembangkang) banyak menggunakan kes “Meruntuhkan Kuil Hindu” di Selangor untuk mendapatkan sokongan rakyat Malaysia beragama Hindu.

FACT — Lebih ramai kuil HINDU di Selangor daripada jumlah keseluruhan surau dan masjid di negeri Selangor. Masyarakat ISLAM lebih ramai, tetapi kenapa ada lebih banyak kuil HINDU?

FACT – Kuil HINDU didirikan dimerata-rata tempat, dan kebanyakannya di tanah kepunyaan tuan persendirian, kerajaan negeri atau tanah kerajaan pusat. dan didirikan secara haram.

SOLUTION — Saya terfikir kenapakah BN (PakLah) dan pemikir-pemikirnya tidak berjaya langsung (gagal!) dalam menghadapi situasi HINDRAF ini. Tak bule fikirkah? Saya ingin mencadangkan agar kerajaan PUSAT menubuhkan satu jawatankuasa atau Jabatan Keugamaan bagi yg bukan beragama ISLAM, contohnya untuk penganut HINDU, Christian dsb, mempunyai fungsi yang sama dengan Jab. Agama Islam. Sama spt Jab Agama Islam yg mempunyai kuasa untuk mendirikan surau dan masjid, Jabatan Keugamaan yg baru ini haruslah juga mempunyai kuasa untuk mendiri KUIL-KUIL HINDU. Dengan cara ini, tidak semua orang bule membina kuil mereka sendiri melainkan dengan kelulusan dari pihak Jabatan Keugamaan ini. Dengan secara tidak langsung, tiada lagi kes meruntuhkan KUIL2 HINDU kerana Jabatan Keugamaan ini hanya akan memberikan kelulusan setelah semua prosedur pembinaaan di sempurnakan. Saya amatlah berharap jika ‘raw idea’ ini dapat diperhalusi lagi untuk kepentingan rakyat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

Terima Kasih.

30May — Thoughts of the day

TDM — his blog’s success is phenomenal…. 1million hits! TDM you are still our saviour!! Teruskan perjuangan…..
Pemuda UMNO — mungkinkah tiada lagi pemimpin pemuda yg setanding dengan Datok Harun Idris?
Pemuda UMNO Johor - Syabas dan ingatlah keikhlasan untuk terus berjuang di landasan yg betul, pahit, amat pahit, tetapi perjuangan membangunkan ummah adalah jihad. Saya, sebagai anak negeri Johor mengimpikan Pemuda dan UMNO Johor yg bersatu suara dalam perjuangan mempertahankan maruah agama, bangsa dan negara. UMNO haruslah menjadi lebih kuat, supaya kita dapat menjaga kedaulatan negara yg berbilang bangsa dengan lebih effektif dan aman. Tiada negara yang seaman Malaysia, berbilang kaum and agama dan bangsa.
Zaid – tolonglah menghormati ahli2 parlimen yang dilantik oleh rakyat…
Dato Nazri — saya menghormati pemimpin yang berani berdebat.. alangkah bagusnya jika Dato menyelami kembali hasrat rakyat Msia yang bekerja cari makan…. kesetiaan hanyalah kepada pembangunan ummah, UMNO bukan kerana pemimpin semata-mata.
Penggunaan ALLAH dalam kitab2/pernerbitan2 bukan Islam — Saya berharap agar kes ini dapat diselesaikan dengan segera. Penggunaan perkataan ALLAH hanyalah SPESIFIC untuk orang2 Islam sahaja. Penggunaannya di pernebitan bukan Islam akan membuatkan orang ramai keliru. Jika menggunakan perkataan ALLAH untuk ‘mewakili’ TUHAN dalam penerbitan mereka, adakah mereka mengaku bahawa ALLAH sebagai tuhan mereka? adakah mereka itu ISLAM? Tolonglah jangan mempermainkan KEDAULATAN ISLAM di Malaysia.
PR di Selangor — Saya berharap mereka sedar bahawa mereka bukanlah pembangkang di negeri selangor ini. Tetapi mengapa mereka bertindak seolah2 mereka ini parti pembangkang. Memang mudah untuk mengkritik, dan saya berpendapat bahawa akan berjaya meng’bankrup’kan negeri selangor sebelum PRU13.
Islam Hadhari — Segala perbuatan pendakwahan untuk mendidik adalah amat2 diperlukan. Penjenamaan tidak penting, yang penting adalah ‘approach’. Al-quran and Hadis haruslah diperhalusi. Niat harus betul, barulah di redhai…
RUKUN NEGARA — penghayatan terhadap RUKUN NEGARA haruslah di terapkan. Kementerian Penerangan, sila2lah ambil perhatian.

23 May 2008 — thoughts for the day..

Mukhriz - adakah beliau akan di’reprimand’ oleh orang UMNO? adakah Hishamuddin akan tunduk dan menghukum seorang ahli MP Umno? Adakah Hishamuddin sedar sebahagian besar grass-root esp those from middle-income malays are in agreeable with Mukhriz stands.

Pemuda UMNO - tak tahukah mereka, that the silent majority are waiting for them to bersuara…. tiada lagikah suara2 seperti Alahyarham Datok Harun….

Gap in UMNO - tidak tahukah pucuk pimpinan UMNO bahawa ada dua faction besar di dalam UMNO. 1- Golongon Pemimpin UMNO, and 2-grass roots. tidakmahukah mereka bersatu. bukankah pemimpin itu tugasnya adalah untuk memimpin dan membawa aspirasi dah kehendak grass root?

Zaid Ibrahim - soalan… dia ni orang BN ke orang pembangkang?

Tun Saleh Abas - a biased Lord President. deserves to be sacked by Agong. the only way to reverse the decision is by re-opening the royal tribunal. Dont think Zaid is smart enuff to approach this. Tun Saleh Abas didnt ever dare to defend himself in the royal tribunal. As Lord President, it is very unbecoming. I know the royal tribunal did mentioned, that it is unfortunate that they hv to come to a judgement without getting information from Tun Saleh Abas. Tun Saleh Abas refused to testify!

Shud we seek help from the Sultans? — many opposed to this idea by saying that PakLah and Tun Dr Mahathir shud reconcile on the own effort. But heck, this will take time, we dont have the luxury of time. This is a critical 4 years for UMNO!! We Malay will only unite for 2 things… ISLAM AND SULTAN. no other.

Tun Dr Mahathir - Orang Melayu terkenal dengan sopan santun, menghormati orang lain terutamanya kepada orang yang lebih tua dan yang berjasa. Kepada menteri2 yang berkenaan, tolonglah bersopan dengan TUN. Dia MASIH RELEVAN. Orang2 Melayu benci kepada orang2 yg kurang sopan.

Shahrir Samad - hanyalah seorang populist… dengar kata dukun orang asli tu memang power? hehe

Pak Lah - tolonglah perbaiki hubungan dengan TUN Mahathir. Objective anda berdua adalah sama. Jauhilah pengaruh KJ. KJ might prove to be the catalyst for PakLah’s downfall.

Orang2 Melayu - tolonglah bersatu. bila majoriti bersatu, Orang Melayu akan menjadi lebih kuat dan stabil. Barulah dengan senang dapat menjaga kepentingan negara dan kebajikan kaum-kaum yg lain

UMNO Johor - kemanakah ANDA?? tolong jgn malukan anak johor!

update 22 May 2008

1. Our very own TDM has started blogging >> http://www.chedet.com/

2. Mukhriz — thank you for fighting on our behalf…

3. Najib — not relevant anymore…

4. KJ — similar threat to the survival of Malays… sama mcm DSAI.

5. Nak menanging mengenangkan future of anak bangsa….

Excerpt from MYKMU Net —

Quote

Atas permintaan dan cadangan ramai berikut ialah draf petisyen yang akan diedarkan kepada Ahli UMNO secara online dan bercetak. Sebarang cadangan dan pertanyaan boleh hubungi demokrasimalaysia@yahoo.com atau para pentadir laman ini. Dicadangan juga petisyen ini hanya terbuka kepada Ahli UMNO. Nama sebenar dan nombor keahlian serta nombor telefon akan diperlukan bagi membolehkan petisyen ini dianggap sah dan relevan. (Tidak perlu tulis butiran di dalam komen ini kerana ia hanya diperlukan setelah dilancarakn secara rasmi,)

PETISYEN:

Keputusan Pilihan raya umum 2008 menyaksikan Barisan Nasional menerima kekalahan teruk. Tidak pernah dalam sejarah BN menerima kekalahan begitu besar iaitu hilang lima buah negeri dan hilang majoriti 2/3 di Parlimen.

Kekalahan ini sungguhpun mempunyai 1001 sebab, namun sebab-sebab utama jelas menjurus kepada kelemahan kepimpinan dan dasar Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi.

Seperti kata Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad, “Sekiranya kemenangan besar 2004 diuar-uarkan sebagai kemenangan Abdullah, maka Abdullah juga harus bertanggungjawab dalam kekalahan ini.”

Menurut kaji selidik laman web penyokong UMNO www.mykmu.net, antara punca utama kekalahan Barisan Nasional akibat secara langsung daripada Abdullah. 10 sebab utama ialah:

1. Kegagalan melaksanakan ekonomi secara makro bagi kesejahteraan masyarakat. Tiada hala tuju jelas ekonomi negara kecuali slogan dan Dalam tempoh empat tahun kepimpinan Abdullah telah berlaku:

a. Kenaikan harga petrol yang terlalu tinggi
b. Kenaikan tol yang sangat drastik,
c. Kenaikan kadar faedah asas (BLR),
d. kenaikan kos sara hidup - elektrik, cukai pintu dan air.
e. Kenaikan harga barang

2. Dasar Luar yang mengelirukan dan pro-Singapura seperti:

a. Mengakui Tambak Johor sebagai hak bersama Malaysia-Singapura tanpa kira sempadan, tanpa mendapat keputusan Mahkamah Antarabangsa.
b. Membatalkan pembinaan jambatan bengkok kerana ugutan Singapura
c. Masih gagal menyelesaikan isu harga air mentah ke Singapura
d. Gagal memimpin OIC

3. Promosi Islam Hadhari yang keterlaluan: a. Membimbangkan masyarakat bukan Islam.
b. Tidak diterima oleh sebahagian besar orang Islam di Malaysia kerana dianggap mengelirukan dan memberi imej tidak baik kepada Islam sebelum munculnya istilah Hadhari ini di Malaysia.

4. Pentadbiran negara yang tunggang langgang:

a. Tindakan menghantar Menteri ke negara China bagi memohon maaf atas isu ketuk ketampi bogel dalam lokap tanpa menyiasat terlebih dahulu identiti wanita terbabit.

b. membenarkan “media bashing” terhadap pasukan polis, cuba mewujudkan badan pemantau polis (IPCMC) tetapi menarik balik. Moral pasukan polis amat lemah sehingga menyebabkan Polis sudah kurang berkesan dan kadar jenayah kian bertambah tanpa penyelesaian.

c. Keputusan berubah-ubah dalam kes Jambatan Bengkok, Landasan Keretapi Berkembar, Jambatan Pulau Pinang Kedua menyebabkan negara kerugian berbilion ringgit

d. Kenyataan-kenyataan biadap dan tidak bertanggungjawab Abdullah seperti “I dont Know, i’m not involve” dalam kes ECM Libra dan memanggil pengkritik beliau sebagai Iblis.

e. Banyak menubuhkan suruhanjaya tanpa mengambil langkah sewajarnya menyebabkan suruhanjaya sendiri sudah menjadi lawak jenaka.

f. Pertelingkahan dan pertikaian antara Menteri sudah menjadi lumrah sehingga kabinet menjadi bahan jenaka masyarakat umum.

5. Pentadbiran yang kurang ajar dan biadap terhadap Perdana Menteri Keempat Malaysia, Tun Dr. Mahathir Mohamad menyebabkan ramai penyokong UMNO dan rakyat Malaysia berketurunan cina tidak berpuas hati dan melalukan undi protes.

6. Isu korupsi dan kronisme yang melampau dalam kes ECM Libra, Scomi dan Myteam menyebabkan hilang kepercayaan.

7. Memecah-belahkan UMNO

a. Membenarkan mereka yang dipersoal kesetiaan terhadap UMNO dan negara menguasai media yang UMNO mempeunyai kepentingan telah menimbulkan keadaan tidak senang dalam UMNO.

b. Menggugurkan Ketua Bahagian dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya lalu memberi isyarat jelas Abdullah tidak menghormati hak demokrasi parti.

c. Keputusan yang berbeza dalam isu politik wang antara Ahmad Zaki Zahid (Pembantu Khas Perdana Menteri) dengan Zaid Ibrahim yang menang tanpa bertanding mencerminkan penyalahgunaan Majlis Disiplin UMNO. Ahmad Zaki hanya diberi amaran kerana terbabit politik wang dalam pertandingan Ketua Pemuda UMNO Bahagian Putrajaya. Manakala Zaid Ibrahim digantung atas dakwaan politik wang sungguhpun tidak terbabit dalam sebarang pertandingan. Zaid menang tanpa bertanding Ketua UMNO Kota Bharu.

d. Tidak mengendahkan persepsi umum bahawa Khairy Jamaluddin begitu berkuasa dalam UMNO dan kerajaan

e. Tidak mengambil sebarang tindakan ke atas penyokong-penyokongnya seperti Datuk Kamarulzaman (TV3) dan Datuk Kalimullah (NSTP) menggunakan media mereka untuk menghentam pemimpin UMNO yang dilihat boleh memberi cabaran kepada Khairy Jamaluddin.

f. Hanya menurunkan peruntukan dan projek kepada kontraktor kelas F setelah menghadapi kritikan keras Tun Dr. Mahathir dan khuatir akan berlaku kritikan keras dalam perhimpunan agung UMNO. Rasuah terangan-terangan dengan mengumumkan peruntukan RM 3 juta setiap bahagian sehingga menjejaskan imej UMNO.

g. Kempen keterlaluan untuk mengalahkan Tun Dr. Mahathir dalam pemilihan perwakilan UMNO Kubang Pasu 2006 menyebabkan ramai ahli UMNO “berjauh hati.”

h. Membiarkan Setiausaha Agung UMNO, Datuk Seri Radzi Sheikh Ahmad yang tidak dipilih secara demokrasi dalam UMNO memporak- perandakan UMNO Perlis menjelang pilihan raya umum 2008.

8. Gagal mengawal isu Hindraf sehingga menjadi begitu besar dan MIC hilang sokongan orang India.

9. Tidak mempunyai strategi yang jelas apabila menerima kekalahan dalam pilihan raya umum 2008. Kata-kata seperti itu “pilihan rakyat”, “rakyat sudah buat keputusan, kita terima” bukanlah cerminan pemimpin yang mampu bangun memimpin BN untuk menang semula.

10. Akhir sekali, wajah kepimpinan Abdullah sudah ditolak oleh kaum Cina dan India serta tidak lagi disenangi oleh sebahagian besar orang Melayu dan UMNO. Isu ini bukan isu perebutan kepimpinan atau pertukaran pemimpin, tetapi ia merupakan isu dasar dan polisi Abdullah yang ditolak rakyat.

Justeru UMNO dan Barisan Nasional memerlukan kepimpinan baru bagi memberi nafas baru menjelang pilihan raya akan datang. Lebih penting, negara Malaysia memerlukan polis dan dasar baru yang lebih segar dan berwibawa bagi menjamin kemakmuran kepada rakyat.

Sehubungan itu, kami sebagai ahli-ahli UMNO dibawah dengan ini memohon agar:

1. Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi meletak jawatan secara sukarela sebagai Perdana Menteri dan Presiden UMNO.

ATAU

2. Sekiranya, Datuk Seri Abdullah dan Ahli Majlis Tertinggi UMNO berpendapat Presiden parti masih mendapat sokongan ahli UMNO, maka sewajarnya, satu Perhimpunan Agung Khas UMNO dipanggil dan satu undi sulit mengenai kedudukan Presiden UMNO diadakan.

Sekian, terima kasih.

unquote

No comments: