Thursday, June 5, 2008

Harga Minyak (The Bigger Picture)

Kenaikan harga minyak di Malaysia yang diumumkan semalam oleh PakLah, memanglah agak sukar untuk difahami. BN dipilih untuk memperjuangkan rakyat tetapi apa yang terjadi hanyalah disebaliknya. Kerajaan dillihat agak 'terpisah' dari realiti kehidupan rakyat jelata. Kenapakah ini boleh berlaku? Kerajaan juga dilihat seperti tidak berusaha bersungguh-sungguh untuk membantu rakyat jelata. Kenyataannya, memang harga2 barangan mulai meningkat. Berapa banyakkah yang boleh dibeli dengan wang sebanyak RM10.00 hari ini?

Adakah Paklah & Co tidak sedar keperitan rakyat jelata? Atau adakah Paklah & Co buat-buat tak sedar? Apa yang jelas, rakyat jelata melihat ini sebagai KELEMAHAN PENTADBIRAN yang nyata daripada kepimpinan PakLah. Adakah KELEMAHAN PENTADBIRAN ini hanya merupakan 'just the tips of the iceberg'? Adakah masalah2 PENTADBIRAN lain yang telah berjaya di'ghaib'kan?

Kesimpulan dan Cadangan: Secara realistiknya, HangNadim2020 berpendapat, hanya anggota UMNO sahajalah yang boleh 'memperbetulkan' KELEMAHAN PENTADBIRAN ini. Alangkah bagusnya jika semua anggota UMNO hanya memilih pemimpin yang berjuang demi agama, bangsa dan negara. Alangkah bagusnya jika pada pemilihan cawangan UMNO pada bulan Julai ini, anggota2 UMNO beramai-ramai berbincang dan mengambil keputusan untuk mempercepatkan PERPINDAHAN KUASA Kepimpinan UMNO. Survival orang2 Melayu dan seterusnya survival Malaysia sendiri yang terancam. {tobe contd}

nota dari HangNadim2020: Saya akan cuba untuk mengupas dengan lebih lanjut berkenaan dengan perkara ini. Later.

2 comments:

jelapang padi said...

untuk basmi '0' kemiskinan tidak akan tercapai jugak.. malas menambahkan lagi ada laa...

Anonymous said...

untuk basmi sifar kemiskinan juga tidak akan tercapai dengan kenaikan minyak ni.. golongan bawahan akan terus dibelenggu kos bebanan hidup yang terus meningkat...kesian..